Thursday, 6 March 2014


SILA KLIK LINK DIBAWAH UNTUK DAPATKAN QUATTION PERCUMA
http://www.emailmeform.com/builder/form/fbd22uX5apZ7DTle29hE
Ambil medical card ketika SIHAT....

Assalamualaikum, 

Just nak berkongsi, ada salah seorang dari agent pruBSN update kepada saya, ada seorang client dia, kena buat macam2 requirement (medical check up la, blood test sampai 2 kali la, urine test semua)...lepas tu pulak, questionnaire punya melambak...umur client dalam awal 40-an, kerja syarikat oil and gas dan mempunyai income yang pada saya kalau makan gaji tu mmg sangat besar la, sebab kepakaran dan pengalaman beliau.

Asal ceritanya, dulu beliau tak nak pun amik medical card nie sebab comfort dengan company punya (tempat beliau bekerja)....yang cover unlimited. So, agent nie, tak nak paksa2...cuma ada satu soalan agent nie tanya " Encik nak retire berapa tahun lagi?"...client tu pun start berkira2, dalam 12 tahun lagi...and agent pun bertanya "Lepas 12 tahun, company Encik nie cover Encik lagi tak?"...beliau kata "Tidak"...dan dari situ la terbuka hati nak amik medical card.


As usual, proses permohonan dibuat, disebabkan beliau pernah mendapatkan rawatan di hospital (pakai medical card company)...sakit sikit2 terus ke panel specialist (Damansara Specialist)...jadi, kena le declare. Kalau tak declare, nanti non-disclosure lagi susah. So, lepas declare, masuk dalam system, keluar le requirement macam2.

Bila dah keluar macam2 requirement nie, as an agent, macam biasa la, settled kan la satu persatu, dekat 2-3 bulan jugak, ulang alik ke klinik utk check up, amik medical report dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, isteri client ada amik policy jugak, tapi sebab tak de masalah kesihatan, policy dan medical card dah approved dan coverage dah start berjalan dah.

And lepas satu persatu requirement di hantar (bukan sesenang terus approved)....keluar le CONDITIONAL ACCEPTANCE LETTER (syarat2 tambahan kepada policy tersebut). So, bila keluar syarat dalam system (saya tengok je saya dah tahu apa dia punya end result"...

1- Loading sebab ada macam2 risiko penyakit yang berkaitan dengan darah (Hypertension, Hep B dan glucose yang akan tak normal)....and pada saya yang ini masih ok lagi, sebab duit kita boleh adjust atau boleh usahakan.

2- Death benefit kena revised, dari RM 10,000 ke 48,000 due to sum assured multiple limitation, (sebab kami proposed dia amik basic sum covered sebab ini adalah policy tambahan yang focus lebih kepada medical)....alamakk...ini mesti declined medical card, kalau tak takkan jadi macam nie punya (based on my experienced)....

There......sekali keluar surat Condition Acceptance Letter, confirm le medical card KENA DECLINED.....and kena loading....client pun berat nak amik, sebab tujuan utama apply policy medical card utk dapatkan manfaat medical card, kalau tak dpt medical card lebih baik tak payah...

So, moral of the story..

1- Amik policy medical card ketika masih sihat dan tiada sebarang sejarah masalah kesihatan.

2- Amik ketika masih muda, risiko penyakit kurang

3- Jangan terlalu yakin dengan medical card company, sebab medical card company hanya cover selagi mana kita bekerja di company tersebut. Macam rumah quarters, masa berkhidmat, kita boleh duduk kat quarters, dah tak berkhidmat, kena duduk rumah sendiri. Walau apa pun, mesti kena ada rumah sendiri. And takkan le dah nak retire baru nak beli rumah sendiri. Sure masa tu, rumah dah makin mahal, loan tak boleh amik tinggi, loan tenure pun tak boleh amik panjang....bila bayaran pendek, monthly commitment pulak tinggi...so, kena beli rumah jugak awal2 walau pun duduk quarterskan?...Itu nama dia perancangan. Kalau ramai yang boleh terima idea rumah quarters nie, tapi kenapa tak terfikir benda yang sama jugak applied kepada process nak mulakan perancangan kewangan?

So, walau pun ada medical card company, kena stand by jugak medical card sendiri. Sama2 kita pertimbangkan.

Akhir kata "MEDICAL INSURANCE NIE, MASA KITA LAYAK AMIK, KITA TAK NAK AMIK, MASA KITA NAK AMIK, ADA KEMUNGKINAN KITA TAK LAYAK NAK AMIK"

Jadi fikir2kan bersama sebagai pengajaran. Belajar dari pengalaman orang lain, kalau nak tunggu pengalaman sendiri (kena reject medical card baru nak belajar)...masa tu mungkin terlambat.

Apa2 pun, ini semua adalah ikhtiar kita, walau pun ada medical card, belum tentu hidup kita senang kalau sakit, and walau pun tak de medical card, belum tentu hidup kita susah kalau sakit. Jadi, ingat, ini adalah IKHTIAR kita, penentuan kita senang ke susah, adalah hak milik MUTLAK ALLAH S.W.T...semoga kita diberikan rahmat oleh-Nya di dunia dan di Akhirat...Amin.

PILIHAN ANDA PENENTU KEHIDUPAN ANDA..FIKIR FIKIRKAN...

PILIHAN ADA DALAM DIRI ANDA.CUBA FIKIRKAN DENGAN KELITIAN.DIMANAKAH DAN MACAM MANA ANDA SELEPAS INI.
PILIHAN ATAS TANGAN ANDA...

PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenang-wenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan bermula dari sekarang.

Wednesday, 5 March 2014

PERKARA YANG SELALU ORANG2 MUDA SEKARANG TIDAK FIKIR

Aku masih muda, buat apa nak ambil insuran...
Memang betul, banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab alasan yang selalunya digunapakai ialah masa muda tak ada lagi penyakit.

Anda kena tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita dah ada penyakit bila kita dah berumur nanti.

Contohnya, batu karang:

Sekarang umur 24 tahun , sudah ambil insuran. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10K. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insuran akan cover semuanya.

Tapi bila dah umur 30, didapati ada penyakit batu karang tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil insuran.. Pre-existing disease before taking insurance will not be covered..

So muda la bagus.

Insurans tak mahal, bermula dari RM100 sebulan sahaja.

Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

Ok. Simpan sendiri pun boleh.

RM100 x 12 = RM1200

Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

so itu la bagusnya insurans

So fikir-fikir la yer...

Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

Pilih la ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bila anda susah nanti.

jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

bila anda terlantar , anak isteri tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

Anda ingin tahu lebih pasal insurans takaful. email saya di mohammadibadallah696@prupartner.com.my
kesian adik ni...dikesan menghidapi jantung berlubang seawal 6 bulan..tambah parah lagi kos pembedahan adalah RM40k dan penyakit ini perlukan rawatan segera kerana lubang tersebut boleh membesar dengan cepat..seeloknya ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil medical card dari hanya serendah RM100 sebulan untuk anak2 bagi menghadapi situasi x terduga seperti yang terjadi kat adik Sofea ni..